aku pernah tanyakan..
"apa akan berlaku pada kita sekiranya dia kembali kepada sang Pencipta"
semalam juga..
aku jawab dengan yakin entah mana datangnya
"dengan amanahnya, kami pasti kuat menunaikannya"
hari ini...
dunia seakan berhenti, masa seakan diam sendiri.
dia kembali ke kekasih yg dia rindui.
wajah tenang dan bersih bercahaya
tanpa sebarang luka.
dia kembali kepadaNya.
aku pernah..
merasakan perasaan ini..
hampir sekian lama air mata tidak dihujani sendu
kehilangan insan paling bermakna.
aku pernah..
merasakan degup ini..
percaya atau tidak..
diam bisu..
belajar ikhlas menerima erti
aku tidak pernah..
bertemu dia. mendengar suaranya. mendengar setiap butir ucapannya
hanya aku pasti..
dia seorang kesayangan kepada berjuta hati..
dia nadi kepada seribu jiwa
dia..
sama seperti orang kesayanganku...
yang kembali kepadaNya..
ingatlah wahai saudara..
"Allah tidak membawanya pergi, tetapi Allah membawa dia lebih dekat lagi.. kepadaNya yg dirindui"
kesatlah air matamu,
kuatlah semangatmu..
mendoakan dia, kesayangan seluruh alam kami..
tenang dan dirahmati.
Al-Fatihah
Tuan Guru Nik Abdul Aziz
(10 Januari 1931 - 12 Februari 2015)